Tuesday, December 28, 2010

Koleksi Buku Karangan Ustaz Hasrizal

Judul : Aku Terima Nikahnya

Harga : RM20.90

Kod Buku : GB0041

Ulasan : Buku 'bestseller' ini menghimpunkan coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.

AKU TERIMA NIKAHNYA adalah rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sesebuah kehidupan berumah tangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidupmeminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukan HAK yang tidak berkesudahan.


Judul : Bercinta Sampai ke Syurga

Harga : RM25.00

Kod Buku : GB0043

Ulasan : Kesinambungan kepada buku 'bestseller' AKU TERIMA NIKAHNYA.

Mengandungi kisah alam rumah tangga da nasihat yang tersendiri menye

ntuh hati, geram, sinis, lucu, marah, kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap! bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, yang sedang mengemudi rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga...

Buku ini memberi inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni.


Judul : Murabbi Cinta

Harga : RM25.00

Kod Buku : GB0089

Ulasan : Buku ini adalah kesinambungan daripada buku terdahulu , AKU TERIMA NIKAHNYA dan BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Cinta semalam menjadikan umat Islam hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta. Penulis memperjuangkan cinta yang diteladani daripada seorang murabbi.


Judul : Secangkir Teh Pengubat Letih

Harga : RM25.00

Terbitan : Galeri Ilmu

Kod Buku : GB0074

Ulasan: Bumi Ataturk tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Roh Islam masih subur di situ! Itulah perasaan yang akan terzahir apabila menatap naskhah ini. Secangkir teh yang diteguk di bumi Ataturk hari ini, mungkin akan menjadi pengubat letih dan dahaga sehingga hari esok!


Judul : Rindu Bau Pohon Tin

Harga : RM18.00

Kod Buku : GB0048

Ulasan: Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi 'rasa' dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhuwah dan kasih sayang. Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata.


Judul : Transformasi Ramadan

Harga : RM18.00

Terbitan : Galeri Ilmu

Kod Buku : GB0096







Judul : Aku Terima Nikahnya - Edisi Istimewa

Harga : RM55.00

Kod Buku : GB0103

Ulasan :

Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.

Buku 'Edisi Istimewa' Aku Terima Nikahnya merupakan Kompilasi dari 3(tiga) buah buku best sellers, iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga, dan Murabbi Cinta 3 dalam 1. Buku keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd.


Dapatkan Karya-Karya berkualiti di sini:

www.stormreaders.net/fitrijamil

www.pustakailmiah90.blogspot.com

www.mystormwarrior.com/alpha90

Sila hubungi 019-4306456 (Fitri Jamil) untuk pertanyaan atau tempahan.

1 comment:

  1. The Casino Hotel in Biloxi, MS - Mapyro
    The Casino Hotel in Biloxi, MS is 파주 출장마사지 an 사천 출장샵 MGM 영주 출장마사지 Resorts 광명 출장샵 Luxury Destination, 동두천 출장샵 the casino and hotel in Biloxi. The Casino Hotel is operated and operated

    ReplyDelete