Sunday, December 26, 2010

Tautan Hati


Pengarang: Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Harga: RM 29.90
Terbitan: Telaga Biru
Kod Produk: TBBK1049

Ulasan Pembaca:
Kisah penceritaan zaman remaja dan meningkat dewasa yang bergelumang dengan pelbagai aktiviti dan juga cinta.Namun, kisah ini menunjukkan bahawa cinta itu ada salurannya yang betul dan pengisian jiwa perlu dilaksanakan dalam kalangan pelajar. Kisah ini menunjukkan seseorang yang pada mulanya kuat dalam kerja-kerja dakwah tetapi gagal meneruskannya pada peringkat universiti atas alasan bercinta.

Novel ini sesuai dijadikan bacaan agar pengajaran dalam novel ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan pembaca akan kepentingan mengurangkan gejala sosial yang kian bercambah dan bagaimana cara melaksanakan gerak kerja untuk mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia dan remaja.

No comments:

Post a Comment