Friday, December 31, 2010

Satu Rasa Dua Hati

Penulis : Pahrol Mohd Juoi

Kod Buku : GB0025

Harga : RM22.50

Ulasan:

Bagi bakal pengantin dan telah berkahwin buku ini memberikan panduan menyemarakkan lagi cinta dalam perkahwinan. Bagi yang bermasalah, ia menunjuk jalan untuk membetulkan hala tuju rumah tangga.



Dapatkan buku-buku ilmiah,CD dan VCD keluaran syarikat publikasi yang terkenal seperti Telaga Biru, PTS, Kemilau Publika, Galeri Ilmu dan banyak lagi di link di bawah:

www.stormreaders.net/fitrijamil
www.mystormwarrior.com/alpha90
www.pustakailmiah90.blogspot.com

Anda juga boleh menghubungi 019-4306456 (Fitri Jamil) untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan tempahan.

La Tahzan Kerana Cinta

Penulis : Najla Mahfuzh

Kod Buku : MRBK1007

Harga : RM19.90

Ulasan:

Cinta bukan paksaan..

Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana...

Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.

  • Buku ini mempersembahkan kepada anda, apa yang selama ini anda cari...
  • Buku ini adalah jambatan kebahagiaan yang akan melindungi anda dari penipuan atas nama cinta.
  • Buku ini juga adalah petunjuk bagi jalan yang terang, agar anda meraih cinta sejati yang membahagiakan.
Dapatkan buku-buku ilmiah,CD dan VCD keluaran syarikat publikasi yang terkenal seperti Telaga Biru, PTS, Kemilau Publika, Galeri Ilmu dan banyak lagi di link di bawah:

www.stormreaders.net/fitrijamil
www.mystormwarrior.com/alpha90
www.pustakailmiah90.blogspot.com

Anda juga boleh menghubungi 019-4306456 (Fitri Jamil) untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan tempahan.

Tuesday, December 28, 2010

Solusi 27 : Di Sebalik Pesan Taqwa

Dapatkan Majalah SOLUSI edisi 27 : Di Sebalik Pesan Taqwa. Edisi terbaru bulan Januari 2011.

Harga: RM 9.00

Terbitan : Telaga Biru

Ulasan :
Taqwa adalah satu pesanan yang wajib diperdengarkan oleh khatib dalam khutbah Jumaat. Seorang lelaki yang berumur 45 tahun akan mendengar sekurang-kurangnya 1,560 kali pesan taqwa dalam hidupnya (jika dia tidak pernah meninggalkan solat Jumaat bermula dari umurnya 15 tahun). Mari kita dalami rahsianya...

Dapatkan Karya-Karya berkualiti di sini:

www.stormreaders.net/fitrijamil

www.pustakailmiah90.blogspot.com

www.mystormwarrior.com/alpha90

Sila hubungi 019-4306456 (Fitri Jamil) untuk pertanyaan atau tempahan.

Koleksi Buku Karangan Ustaz Hasrizal

Judul : Aku Terima Nikahnya

Harga : RM20.90

Kod Buku : GB0041

Ulasan : Buku 'bestseller' ini menghimpunkan coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.

AKU TERIMA NIKAHNYA adalah rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sesebuah kehidupan berumah tangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidupmeminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukan HAK yang tidak berkesudahan.


Judul : Bercinta Sampai ke Syurga

Harga : RM25.00

Kod Buku : GB0043

Ulasan : Kesinambungan kepada buku 'bestseller' AKU TERIMA NIKAHNYA.

Mengandungi kisah alam rumah tangga da nasihat yang tersendiri menye

ntuh hati, geram, sinis, lucu, marah, kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap! bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, yang sedang mengemudi rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga...

Buku ini memberi inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni.


Judul : Murabbi Cinta

Harga : RM25.00

Kod Buku : GB0089

Ulasan : Buku ini adalah kesinambungan daripada buku terdahulu , AKU TERIMA NIKAHNYA dan BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Cinta semalam menjadikan umat Islam hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta. Penulis memperjuangkan cinta yang diteladani daripada seorang murabbi.


Judul : Secangkir Teh Pengubat Letih

Harga : RM25.00

Terbitan : Galeri Ilmu

Kod Buku : GB0074

Ulasan: Bumi Ataturk tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Roh Islam masih subur di situ! Itulah perasaan yang akan terzahir apabila menatap naskhah ini. Secangkir teh yang diteguk di bumi Ataturk hari ini, mungkin akan menjadi pengubat letih dan dahaga sehingga hari esok!


Judul : Rindu Bau Pohon Tin

Harga : RM18.00

Kod Buku : GB0048

Ulasan: Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi 'rasa' dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhuwah dan kasih sayang. Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata.


Judul : Transformasi Ramadan

Harga : RM18.00

Terbitan : Galeri Ilmu

Kod Buku : GB0096







Judul : Aku Terima Nikahnya - Edisi Istimewa

Harga : RM55.00

Kod Buku : GB0103

Ulasan :

Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.

Buku 'Edisi Istimewa' Aku Terima Nikahnya merupakan Kompilasi dari 3(tiga) buah buku best sellers, iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga, dan Murabbi Cinta 3 dalam 1. Buku keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd.


Dapatkan Karya-Karya berkualiti di sini:

www.stormreaders.net/fitrijamil

www.pustakailmiah90.blogspot.com

www.mystormwarrior.com/alpha90

Sila hubungi 019-4306456 (Fitri Jamil) untuk pertanyaan atau tempahan.

Sunday, December 26, 2010

Formula Solat Sempurna


Pengarang: Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
Harga: RM 25.90
Terbitan: Telaga Biru
Kod Produk: TBBK 1048

Ulasan Pembaca:

Buku ini menerangkan bagaimana untuk mengerjakan ibadah sembahyang berserta dengan hadis-hadis dan ayat Al-Quran. Hujah-hujah dari 4 mazhab.
Gambar-gambar juga disertakan sekali untuk memudahkan penerangan. Mesti dibaca oleh semua orang Islam kerana masih ada lagi sesetengah daripada kita melakukan lagi kesalahan ketika melakukan ibadah wajib ini. Sama-samalah kita belajar dan perbetulkan
Untuk memperoleh kesempurnaan dan khusyuk di dalam solat


Tautan Hati


Pengarang: Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Harga: RM 29.90
Terbitan: Telaga Biru
Kod Produk: TBBK1049

Ulasan Pembaca:
Kisah penceritaan zaman remaja dan meningkat dewasa yang bergelumang dengan pelbagai aktiviti dan juga cinta.Namun, kisah ini menunjukkan bahawa cinta itu ada salurannya yang betul dan pengisian jiwa perlu dilaksanakan dalam kalangan pelajar. Kisah ini menunjukkan seseorang yang pada mulanya kuat dalam kerja-kerja dakwah tetapi gagal meneruskannya pada peringkat universiti atas alasan bercinta.

Novel ini sesuai dijadikan bacaan agar pengajaran dalam novel ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan pembaca akan kepentingan mengurangkan gejala sosial yang kian bercambah dan bagaimana cara melaksanakan gerak kerja untuk mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia dan remaja.

Belajar Dari Perang Khaibar : Strategi Nabi Menentang Yahudi

Pengarang: Hepi Andi Bastoni

Harga:RM16.90

Terbitan: Kemilau Publika

Kod Produk: KPBK1002


Ulasan:

Pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan oleh Yahudi di Khaibar. Permusuhan antara Yahudi dan Islam seperti tidak ada penghujungnya. Obor peperangan terus dinyalakan dan pada malam yang gelap pekat, berangkatlah Rasulullah bersama 1,600 orang yang rela berjihad di jalan Allah menuju ke Khaibar, sebuah kota yang mempunyai benteng yang kukuh dan bumi yang subur dengan tanaman. Setiap derap kaki para mujahid ini hanya dengan satu tujuan, mahu menakluk bumi Khaibar seterusnya melebarkan sayap Islam ke seluruh penjuru dunia. Strategi Rasulullah sangat luar biasa hebat. Jumlah tentera Yahudi lebih ramai dari tentera Islam, dan Perang Khaibar merupakan perang yang berlaku di ‘kampung’ mereka sendiri. Dengan benteng pertahanan Yahudi yang sangat kukuh berserta kelengkapan perang yang mantap berjayakah Rasulullah menaklukkan Khaibar? Untuk mendapat jawapan kepada persoalan ini marilah sama-sama kita hayati siri belajar dari Perang Khaibar ini. Bersama-sama kita menyorot kembali sirah Rasulullah yang gemilang ini.
Sepintas lalu, terdapat banyak pelajaran yang dapat diambil dari perang Khaibar ini.

Antaranya ialah:

  • Timbul larangan Rasulullah memakan daging haiwan peliharaan.
  • Pada perang ini juga nikah mut’ah mulai diharamkan.
  • Rasulullah melarang kaum Muslimin untuk mengambil harta rampasan perang sebelum diserahkan pada baginda dan dibahagi secara adil.
  • Menghargai kaum wanita. Seramai 20 orang wanita berhati waja telah menyertai peperangan ini.
  • Kebijaksanaan Rasulullah merebut peluang dalam peperangan Khaibar.